Seorang maut, enam hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih ...Middle East

Daily Sun - News
Seorang maut, enam hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih

KOTA KINABALU: Seorang maut, manakala enam masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah ketika dihubungi memberitahu keseluruhan sebanyak 11 mangsa terlibat dalam kejadian itu, empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

    Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada 10.02 pagi, sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba ke tempat kejadian pada 10.24 pagi.

    “Seorang mangsa dijumpai meninggal dunia oleh pasukan penyelamat. Mangsa yang meninggal dunia disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi. Identiti semua mangsa sedang dikenal pasti dan akan dikemas kini selepas ini,” katanya.

    Orang ramai tidak digalakkan ke tempat kejadian pada masa ini kerana kawasan itu masih berbahaya dan penduduk dinasihat untuk mengambil langkah berjaga-jaga - BERNAMA

    Hence then, the article about seorang maut enam hilang dalam kejadian tanah runtuh di kampung cenderakasih was published today ( ) and is available on Daily Sun ( Middle East ) The editorial team at PressBee has edited and verified it, and it may have been modified, fully republished, or quoted. You can read and follow the updates of this news or article from its original source.

    Read More Details
    Finally We wish PressBee provided you with enough information of ( Seorang maut, enam hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih )

    Apple Storegoogle play

    Last updated :

    Also on site :